Kompia Sibu Homemade | Resipi mudah | Sedap!


Kompia merupakan makanan yang amat terkenal di Sibu. Saya rasa Kompia ini hanya terdapat di Sibu. Oleh yang demikian, kalau kita sampai di Sibu, pasti kita akan makan Kompia dan "tapau" banyak Kompia semasa balik. Tak kiralah sebagai ole-olekah atau sendiri makan.

Nah... hari ini, saya kongsikan bagaimana membuat kompia sendiri dari rumah. Rasanya memang sebijik sama dengan Kompia yang dibeli di Sibu. Nak buat sendiri pun senang, tak susah. Rugi kalau tak cuba.

Saya mendapat ilham membuat Kompia ini semasa PKP. Sebab tiba-tiba teringin makan Kompia, jadi terfikir untuk cuba buat sendiri. Mana tahu, sekali cuba terus berjaya. Jadi, saya pun bagi-bagilah kepada keluarga mertua saya, kepada jiran. Mereka semua kata sedap dan minta resipinya.

Tapi manalah saya ada resipi, saya buat main hentam saja... Tiada ukuran berat. Jadi keesokkan harinya, saya buatlah video ini untuk kongsikan resipi saya ini.

kalau dah cuba resipi ini... 

bagilah komen anda... 

berjayakah... tidak berjayakah...

Kompia kosong

Kompia berinti butter
Anak saya bagi 5-stars untuk Kompia saya...

Comments