Kuching Tomato Crispy Mee




Pada zaman 90-an dulu, kalau sampai Kuching wajib makan mee ini sebab pada masa itu mee ini hanya terdapat di Kuching. Betapa popularnya mee ini pada zaman itu. Tapi malangnya, mee ini semakin dilupakan. Beberapa tahun yang lepas, saya pergi semula ke Kuching, sudah amat sukar untuk mencari mee ini. Banyak kedai yang sudah tidak menjual mee ini.

Sebab saya memang suka mee ini, saya telah mengambil kesempatan untuk melihat dan belajar memasak mee ini sendiri. Kalau tidak pernah makan mee ini, baik cuba sebab Crispy Mee ini memang Terbaiklah.

memang berbeza sekali dengan yang dimakan di kedai-kedai seperti SCR dll sebab mereka mengambil jalan mudah iaitu menggunakan "Yee Mee" yang memang dah siap digoreng. Dan kuah mereka kadang-kadang terlalu manis sehingga menutup rasa mee.

Sepatutnya mee ini  dimasak sekali dengan udang tetapi tahu-tahulah time PKP ini bukan senang nak beli udang. Jangankan udang, kulitnya pun tiada. Tapi tak apa, anda boleh memasukkan bahan-bahan lain mengikut kreativiti masing-masing bila memasaknya.

Cubalah masak...

Comments